* SELAMAT DATANG * WELCOME *


Blog Komuniti Malaysia Edinburgh atau lebih dikenali sebagai EMSA Family (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) ini diwujudkan bagi memudahkan pelajar yang berkeluarga di sekitar Edinburgh mengetahui aktiviti semasa yang dianjurkan oleh pihak EMSA. Bakal pelajar yang akan menyambung pengajian di sini juga boleh memperoleh sedikit info tentang suasana kehidupan dan pembelajaran di Edinburgh khususnya dan UK amnya


The Komuniti Malaysia Edinburgh blog or known as EMSA (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) is established to highlight ongoing EMSA activities and events organised by EMSA representatives to the students, especially those who are accompanied by their family. Prospective students can also benefit from this blog by getting useful information about the living and educational environment especially in Edinburgh and UK.

Tuesday 14 May 2013

Musim Panas: Penginapan Sementara di Edinburgh

Assalamualaikum,
Kami mula menerima banyak pertanyaan akan penginapan yang boleh dicari untuk short term visit di Edinburgh. Bagi memudahkan anda, di sini diletakkan beberapa links tempat inapan sama ada hostel, hotel dan travelodge yang sesuai. Kebiasaanya, rate pada musim summer akan lebih tinggi dalam lingkungan 20-40 pound sehari dan mengikut jenis bilik dan rate masing-masing.

Berikut ialah beberapa hostel/hotel yang direkemenkan:

1. Travelodge : http://www.travelodge.co.uk/hotels/book/edinburgh-hotels
-Sesuai untuk family dan bujang yang ingin menetap dengan selesa di sekita city centre. Biasanya menyediakan parking kereta kepada para pelanggan.

2. Budget Backpackers: http://www.budgetbackpackers.com/
-Sesuai bagi golongan bujang dan tidak kisah menginap di dormitory, harganya lebih murah dan berpatutan. Namun mungkin terpaksa berkongsi tandas dan lain-lain.

3. Edinburgh backpackers: http://www.edinburghbackpackers.com/hostel/directions.shtml
-sama seperti nombor 2.

4. Search engines
-terdapat beberapa search engines untuk hotel/hostel yang sangat mudah dan dipercayai. antaranya ialah:

http://www.booking.com/city/gb/edinburgh.en.html

http://www.lastminute.com/site/travel/hotels/

http://www.agoda.co.uk

Diharapkan info ringkas ini dapat membantu anda. Kebarangkalian untuk orang bujang, boleh juga menumpang di rumah-rumah pelajar undergrad. Maklumkan kepada admin jika berminat, kami cuba berusaha sedapa upaya membantu anda.

Sekian, selamat mengembara! :)