* SELAMAT DATANG * WELCOME *


Blog Komuniti Malaysia Edinburgh atau lebih dikenali sebagai EMSA Family (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) ini diwujudkan bagi memudahkan pelajar yang berkeluarga di sekitar Edinburgh mengetahui aktiviti semasa yang dianjurkan oleh pihak EMSA. Bakal pelajar yang akan menyambung pengajian di sini juga boleh memperoleh sedikit info tentang suasana kehidupan dan pembelajaran di Edinburgh khususnya dan UK amnya


The Komuniti Malaysia Edinburgh blog or known as EMSA (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) is established to highlight ongoing EMSA activities and events organised by EMSA representatives to the students, especially those who are accompanied by their family. Prospective students can also benefit from this blog by getting useful information about the living and educational environment especially in Edinburgh and UK.

Sunday 14 October 2012

Seminar Ulum Syarak

(poster hebahan)


Assalamualaikum,

Sukacitanya dimaklumkan bahawa EMSA-Family dengan kerjasama ISMA Eropah akan mengadakan sebuah program khusus berkenaan Ulum Syarak. ISMA Eropah merupakan cawangan NGO bagi Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) di Malaysia.

Pengenalan
Seminar Ulum Syarak merupakan satu program rasmi  dan padat anjuran ISMA Eropah yang julung kalinya dianjurkan di Cardiff pada 14 April 2012 lalu. Seminar ini merupakan suatu initiatif bagi menggalakkan pemahaman ilmu al-Quran dan Hadis di kalangan para pelajar serta keluarga-keluarga dari Malaysia di Eropah yang ratanya bukan beraliran agama. Berikut merupakan laporan ringkas Kursus Ulum Syarak yang dianjurkan Cardiff pada 14 April lalu.


Butir-butir Program
Butir-butir program adalah seperti berikut:

Tarikh            : 03 November 2012
Hari               : Sabtu
Masa             : 08.00 am - 06.00 pm
Tempat          : Exhibition Hall, Edinburgh Central Mosque
Penceramah   : Ustaz Ahmad Sanusi Azmi 

Biodata penceramah
Penceramah kini sedang menyambung PhD di University of Birmingham. Slik klik di sini untuk biodata lalu.

Tentatif
Cadangan tentatif seminar ulum syarak
8.00-8.30: Pendaftaran
8.30-9.00: Perasmian
9.00-10.00: Slot 1
10.00-10.30: Rehat/minum pagi
10.30-11.30: Slot 2
*11.30-12.30: Solat zohor/makan tengah hari
12.30-1.30: Slot 3
*11.30-11.40-rehat
11.40-12.40 Slot 3
12.40-1.40: Solat zohor/makan tengah hari
1.45-2.45: slot 4
2.45-3.15: solat Asar
3.15-4.15: slot 5
4.15-4.45: solat maghrib
4.45-5.45: slot 6
5.45-6.00: penutup/bersurai
  

Pendaftaran
Memandangkan kursus ini adalah kursus intensif, maka pihak kami memerlukan anggaran jumlah para peserta yang tepat. Jumlah perserta adalah terhad! Jadi, bagi yang berminat bolehlah terus berdaftar melalui pautan di bawah. Pendaftaran adalah percuma, tiada caj dikenakan. Segala kos makan minum akan ditanggung oleh pihak penganjur. Sila isi borang yang disediakan untuk memudahkan para urusetia. 



(klik icon di atas untuk isi borang pendaftaran)