* SELAMAT DATANG * WELCOME *


Blog Komuniti Malaysia Edinburgh atau lebih dikenali sebagai EMSA Family (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) ini diwujudkan bagi memudahkan pelajar yang berkeluarga di sekitar Edinburgh mengetahui aktiviti semasa yang dianjurkan oleh pihak EMSA. Bakal pelajar yang akan menyambung pengajian di sini juga boleh memperoleh sedikit info tentang suasana kehidupan dan pembelajaran di Edinburgh khususnya dan UK amnya


The Komuniti Malaysia Edinburgh blog or known as EMSA (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) is established to highlight ongoing EMSA activities and events organised by EMSA representatives to the students, especially those who are accompanied by their family. Prospective students can also benefit from this blog by getting useful information about the living and educational environment especially in Edinburgh and UK.

Tuesday 15 May 2012

Maulidur Rasul 2012 Edinburgh

Sedutan ceramah Maulidur Rasul 2012 disampaikan oleh Ustaz Mushadad, 'diimport' khas dari Sarawak membicarakan isu Maulidur Rasul.


Ceramah ini telah dianjurkan oleh EMSA Family 2011/2012 di Chaplaincy, King's Building, Edinburgh.

Video Montaj EMSA Family 2011/2012

Khas buat warga EMSA-Edinburgh. Dihasilkan special oleh Firrbudi LensaHijau (Firdaus) sempena majlis pemansuhan AJK 2012/2012.

Terimalah..
Part 1


Part 2


Moga tahun-tahun mendatang menjanjikan suasana yang lebih ceria dan meriah lagi! 

Tuesday 8 May 2012

Jemputan ke Majlis BBQ dan Talk Oleh Sheikh Marwazi

Maklumat Penting Program


Tarikh: 20 May 2012
Masa: 3.00pm- 7.00pm
Tempat: Heriot-Watt Chaplaincy
____________________________________________




Assalamualaikum semua


Sukacitanya dimaklumkan kepada semua warga EMSA-Family, anda dijemput hadir ke Majlis yang dianjurkan oleh Kelab Umno Edinburgh (KUE). Jangan lepaskan peluang istimewa ini untuk sama-sama beramah mesra, menjamu selera dan juga mendapatkan ilmu yang bermanfaat pada programm yang akan diadakan nanti. Majlis BBQ ini akan berlangsung secara casual dan diselangi Talk oleh Sheikh Marwazi (Timbalan Mufti Negeri Kedah).





Maklumat lanjut tentang latar belakang Sheikh adalah seperti berikut:
MAKLUMAT DIRI (TIMBALAN MUFTI NEGERI KEDAH)
NAMA : SYEIKH MARWAZI BIN DZIYAUDDIN
TARIKH LAHIR: 20 OGOS 1971
TEMPAT LAHIR: ALOR SETAR, KEDAH

PENDIDIKAN
1977-1983 : SEK. REN. TUNKU ABDUL HALIM, ALOR SETAR
1984-1991 : MAKTAB MAHMUD, ALOR SETAR
1992-1995 : UNINERSITI AL-AZHAR, MESIR
2005 : UNIVERSITI MALAYA

KELULUSAN
1: IJAZAH SARJANA MUDA (SYARIAH)
2: IJAZAH SARJANA (SYARIAH) FIQH DAN USUL FIQH, UNIVERSITI MALAYA

PENGALAMAN KERJA
1 : GURU - MAKTAB MAHMUD, ALOR SETAR
2 : PEGAWAI DAKWAH - BHG PENERANGAN DAN DAKWAH
JABATAN AGAMA ISLAM KEDAH
3 : KETUA UNIT KARIAH - BHG DAKWAH JABATAN AGAMA
ISLAM KEDAH
4 : PEGAWAI AGAMA DAERAH PENDANG, KEDAH
5 : PEGAWAI AGAMA DAERAH PADANG TERAP, KEDAH
6 : TIMBALAN MUFTI NEGERI KEDAH

HASIL PENULISAN
1 : KEPERIBADIAN NABI MUHAMMAD S.A.W - DIKELUARKAN
OLEH JABATAN HAL EHWAL AGAMA NEGERI KEDAH
2 : RAMADHAN BULAN KEBERKATAN - DIKELUARKAN OLEH
JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH
3 : BEBERAPA SIRI KHUTBAH JUMAAT - DIKELUARKAN OLEH
JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH

Tentative Program adalah seperti berikut (Rangka sahaja):
3.00pm - Mula bakar ayam
5.00pm - Bermula sesi talk bersama Sheikh Marwazi
6.00pm - Ambil gambar dan menjamu selera
7.00pm - Bersurai

Oleh itu, marilah kita sama-sama memeriahkan majlis ini sambil menimba ilmu yang bermanfaat dari Timbalan Mufti sendiri. InsyaAllah



Dikemaskini oleh,
Amin Rukaini Bin Mustafa
AJK EMSA-FAMILY 2012/2013