* SELAMAT DATANG * WELCOME *


Blog Komuniti Malaysia Edinburgh atau lebih dikenali sebagai EMSA Family (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) ini diwujudkan bagi memudahkan pelajar yang berkeluarga di sekitar Edinburgh mengetahui aktiviti semasa yang dianjurkan oleh pihak EMSA. Bakal pelajar yang akan menyambung pengajian di sini juga boleh memperoleh sedikit info tentang suasana kehidupan dan pembelajaran di Edinburgh khususnya dan UK amnya


The Komuniti Malaysia Edinburgh blog or known as EMSA (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) is established to highlight ongoing EMSA activities and events organised by EMSA representatives to the students, especially those who are accompanied by their family. Prospective students can also benefit from this blog by getting useful information about the living and educational environment especially in Edinburgh and UK.

Friday 20 April 2012

Majlis Solat Hajat Perdana

EMSA Famili akan menganjurkan Majlis Solat Hajat Perdana dan bacaan yasin pada 28 April 2012 nanti sempena adik-adik undergrads dan juga postgrads yang bakal menghadapi peperiksaan yang bakal datang.

Jadi marilah ramai-ramai untuk turun dan meraikan majlis tersebut, untuk lebih lanjut, berikut merupakan butir-butir lengkap Majlis tersebut:


Event: Majlis Solat Hajat Perdana
Tarikh: 28 April 2012
Masa: 8.30 PM- 10.30 PM
Tempat: KB Chaplaincy, King's Building, Unversity of Edinburgh
Pengelola: Ustaz Mushadad

Semoga sama-samalah kita mendoakan kejayaan bersama di dunia dan di akhirat. Sebarang pertanyaan boleh rujuk mana-mana AJK mahupun penghulu kita.

Oleh:
Amin Rukaini Mustafa
Ahli Jawatan Kuasa EMSA Family

Makluman: Sekolah Malaysia Edinburgh

Dengan ini dimaklumkan bahawa Sekolah Malaysia Edinburgh akan bermula seperti biasa dari 21/4/2012 bagi penggal baru di bawah kelolaan jawatankuasa EMSA famili baru.

Sunday 8 April 2012

Mesyuarat Agong Tahunan EMSA FAmily 2012/ AGM EMSA Family

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulilah mesyuarat AGM dan pengundian telah berjalan dengan lancar walaupun dengan kehadiran yang sedikit tetapi meriah. Berikut adalah carta organisasi terbaru EMSA family selepas pengundian oleh ahli2 EMSA family:

1) Penghulu- Saudara Zubir
2)Timbalan penghulu- Ustaz Mushadad
3) Bendahari- Saudara Fazlan aka Tax Man
4)AJK 1-Saudara Amin Rukaini
5)AJK 2- Saudara Kamil

Saya ingin merakamkan perhargaan terima kasih buat semua warga EMSA family yang memberi sokongan padu dan mohon jutaan kemaafan jikalau ada salah dan silap sepanjang kami (saya dan AJK EMSA family) berkhidmat. Ucapan terima kasih tak terhingga juga kepada:

1) Timbalan Penghulu-Saudara Kamarul- Yang menjadi penganti saya ketika program Hari raya KUE dan sound engineer.

2)Bendahari- Ustaz Sobri- Yang Menjaga ketat kewangan EMSA family dan program-program ceramah agama selama ini. Ingat Satay ingat Ustaz Sobri.

3)AJK1-Saudara Nizam- Sportsman cum head of coach utk semua jenis sukan utk EMSA family.

4)AJK2- Pasangan Liza & Rahmat- Wakil Master Chef wanita dan juga blogger EMSA family.

5)Guru2 sekolah Msia- Cikgu Norsiah dan Nurul.

6) Buat mantan penghulu Saudara Zaki dan Pengerusi tetap Saudara Faizi yg banyak memberi khidmat nasihat menerajui EMSA family.

Akhir sekali buat isteri tersayang(Noor Azreen) dan anak-anak(Irfan dan Hadif) yang banyak menyokong dan membantu dari segi moral dan fizikal.

Sekian terima kasih

ZaiNuri Mohamed
Penghulu EMSA Family 2011/12