* SELAMAT DATANG * WELCOME *


Blog Komuniti Malaysia Edinburgh atau lebih dikenali sebagai EMSA Family (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) ini diwujudkan bagi memudahkan pelajar yang berkeluarga di sekitar Edinburgh mengetahui aktiviti semasa yang dianjurkan oleh pihak EMSA. Bakal pelajar yang akan menyambung pengajian di sini juga boleh memperoleh sedikit info tentang suasana kehidupan dan pembelajaran di Edinburgh khususnya dan UK amnya


The Komuniti Malaysia Edinburgh blog or known as EMSA (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) is established to highlight ongoing EMSA activities and events organised by EMSA representatives to the students, especially those who are accompanied by their family. Prospective students can also benefit from this blog by getting useful information about the living and educational environment especially in Edinburgh and UK.

Friday 27 January 2012

Sekolah Malaysia Edinburgh - IQRA'

Assalamualaikum wbt, 

Untuk maklum ibubapa, cikgu Sekolah Malaysia Edinburgh (SME) ingin mengemaskini pembacaan IQRA' & Quran bagi anak-anak kecil dan dewasa. Daripada maklum balas, ada juga ibubapa yang mengajarnya dirumah & SME ingin menyambung usaha tersebut bagi memudahkan pembacaan yang berterusan. Dilampirkan bersama nama anak-anak dan juga tahap IQRA' (1,2,3,4,5&6) termasuk mura surat. Penetapan tahap IQRA' ini adalah secara rambang & ibubapa lebih mengetahui kebolehan tahap anak masing-masing yang berbeza-beza. 

Adalah diharapkan ibubapa dapat memberi "update" terkini tahap IQRA' anak[anak saudara/saudari supaya memudahkan cikgu-cikgu SME menyambungnya ketika sesi pembelajaran tiap-tiap Sabtu. Sila emailkan semua tahap terkini IQRA' anak-anak ke Nurulhazlina@gmail.com

Sekian terima kasih 

ZaiNuri Mohamed

Saturday 21 January 2012

FORUM SEMBANG-SEMBANG SANTAI ISU-ISU SEMASA MALAYSIA 2012


[Info Program, Sabtu, 21 Januari 2012, 4:30 ptg - 8:30 mlm (Waktu UK)] Mari bersama dalam FORUM SEMBANG-SEMBANG SANTAI ISU-ISU SEMASA MALAYSIA 2012, bersama Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin (DR.MAZA) Bersama PANEL (Kelab UMNO UK, UKEC, PAS UK&EIRE, FRIENDS of PAKATAN), secara langsung dari OXFORD, UK. Mari semarakkan penglibatan membuka minda anda...

IKUTI live
 http://www.nurramadhan.net/ (klik watch live)
atau layari terus livestream NR



Thursday 19 January 2012

Talk : A Thousand Years of Scholarship


 
 
 

Sheikh Ahmed Saad, Imam of North London Mosque delivers a talk, 'A Thousand Years of Scholarship'


Date : 27 Januari 2012

Venue : Appleton Tower , University of Edinburgh

Friday 13 January 2012

Talk : Walking in the Foot Steps if Giants

Assalamualaikum.

Mlm ni insyaAllah ada satu talk yg menarik di Appleton Tower, dpn Central Mosque

Tajuk: walking in the Foot Steps of Giants
Speaker: Dr Omar Khaldoun
Masa: 7.15pm lepas isyak

Talk ini akan menyentuh mengenai para sahabat Rasulullah, kehebatan dan cth yg kita boleh ambil. Brother Omar ialah presiden Muslim Assoc of Britain dan memang seorang speaker yg best insyaAllah.
Jadi kpd yg ada kelapangan, jemput dtg. Menambah ilmu sambil mencari rahmat Allah di hujung minggu insyaAllah

Adik Abdul Karim

Talk : Call of Duty -14 Januari

Majlis Sambutan Maulidur Rasul EMSA Family 2012/1433H

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah syukur kehadirat Allah swt kerana cuaca musim sejuk kali ini tidak seteruk tahun lepas & mengizinkan kita menjalani aktiviti-aktiviti harian. Saya dan AJK EMSA Family berbesar hati ingin menjemput seluruh warga muslimin dan muslimat Edinburgh untuk menghadiri Majlis Sambutan Maulidul Rasul EMSA Family. Maklumat lanjut seperti berikut;

Tarikh: 5 February 2012 (Ahad)
Tempat: Surau King Building University Edinburgh
Masa: 10.00am-4pm

Ceramah & Forum Perdana oleh Yang Berbahagia Ustaz Mushadad Hulaimi yang didatangkan khas daripada Negeri Sarawak.
Untuk tujuan tersebut, EMSA family akan membiayai perbelanjaan aktiviti ini hasil daripada sumbangan2 saudara saudari terdahulu. Jikalau ada sesiapa yang ingin membuat sumbangan, amatlah dialu2kan.
Aturcara bermula dengan proses mencucuk satay pada hari sebelum Majlis:

Tarikh: 4February 2012 (Sabtu)
Tempat:
Surau King Building University Edinburgh2.30pm-7.00pm - Gotong royong menyediakan juadah satay oleh golongan muslimin bapa2. Solat Asar, Margrib & Isyak berjemaah.

Proses mencucuk satay 500-1500 cucuk satay (anggaran). Diharap golongan bapa2 & under grad bujang bergotong royong & datang awal untuk memeriahkan suasana.

Untuk juadah sampingan (Nasi,minuman, kuih muih & sebagainya, tugasan ini akan dilakukan secara bergotong royong bersama2 & akan dimaklumkan kemudian hari.

Adalah diharapkan saudara/saudari dapat memaklumkan kepada saya & AJK jika tidak dapat menghadirkan diri bagi mengelakan pembaziran.
Surah Al-Anbiya':
[107] Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.
Surah Al-Ahzaab:
[40] Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi dia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Sekian terima kasih

Zainuri Mohamed
Penghulu EMSA Family 2011/12

Sekolah Malaysia Edinburgh

Assalamualaikum wbt

Untuk makluman semua, Sekolah Msia Edinburgh akan bermula seperti biasa pada Sabtu ini 14Jan 2012.

Sekian.

Zainuri Mohamed
Pengetua Sekolah Malaysia Edinburgh

Wednesday 4 January 2012

Umrah dan Ziarah 2012 anjuran Ikram UK dan Eire

Sessi Fotografi

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulilah, sesi pengambaran Sekolah Msia Edinburgh telah berjalan dengan lancar & hasil seni fotografinya (oleh Sir Firrdaus Shahbudin) telahpun siap untuk ditempah. Harga untuk sekeping gambar adalah 3GBP (1 for 3pound) & 3 keping gambar hanyalah 7GBP (3 for 7pound). Tempahan boleh dibuat dengan email kepada bendahari (ustaz Sobri) ataupun FB & bayaran melalui:

Bank : Bank of Scotland
Nama : Mrs Husniyati Roslan
account no: 02498399
sort code : 80-46-35
Setiap transaksi yang dibuat secara online hendaklah disertakan bersama maklumat berikut:

 Nama/Keluarga:
 Jumlah:
Tarikh & Masa : 25 May 2011 (3.15 pm)
No photo: 1s,2s,3s,4s,5s,6s,

Semua jualan akan disalurkan semula ke tabung Sekolah Msia Edinburgh..abadikan kenangan anak2 sambil menderma.

Terima kasih
Zainuri Mohamed
Pengetua Sekolah Malaysia 2011/12