* SELAMAT DATANG * WELCOME *


Blog Komuniti Malaysia Edinburgh atau lebih dikenali sebagai EMSA Family (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) ini diwujudkan bagi memudahkan pelajar yang berkeluarga di sekitar Edinburgh mengetahui aktiviti semasa yang dianjurkan oleh pihak EMSA. Bakal pelajar yang akan menyambung pengajian di sini juga boleh memperoleh sedikit info tentang suasana kehidupan dan pembelajaran di Edinburgh khususnya dan UK amnya


The Komuniti Malaysia Edinburgh blog or known as EMSA (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) is established to highlight ongoing EMSA activities and events organised by EMSA representatives to the students, especially those who are accompanied by their family. Prospective students can also benefit from this blog by getting useful information about the living and educational environment especially in Edinburgh and UK.

Tuesday 20 March 2012

AGM EMSA FAMILY 2012

Untuk makluman saudara saudari, EMSA family akan mengadakan mesyuarat agung tahunan kali ke-5. Pembubaran Parlimen Edinburgh ini adalah bagi membolehkan pemilihan pucuk pimpinan dan AJK yang baru dapat dijalankan. Semua warga EMSA family dan undergrad adalah dijemput untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih dan menentukan hala tuju EMSA family. Jadual tentatif adalah seperti berikut:

Tarikh: 7April 2012 (Sabtu)

Masa: 10.30am-3pm

Tempat: Surau King Building University of Edinburgh.

Aturcara:
1030am-11am - Pendahuluan/laporan aktiviti/sorotan.
11am-1230pm - Pembentangan belanjawan/penyata kira-kira EMSA family dan Sekolah Malaysia. Pemilihan/undian.
1230-2.15pm -  Solat Zohor berjemaah dan jamuan makan tengahari.
3.00pm - Bersurai

Menu makanan tengahari disediakan secara gotong royong dan akan dimaklumkan kelak.

Sekian terima kasih.

Zainuri Mohamed
Penghulu EMSA Family 2011/12

Conference : The Last Testament


Scotland's Biggest Islamic Conference: The Last Testament

Experience the Qur'an like never before

At-Tawheed Association and Al-Maghrib Scotland's Qabeelat Taqwa, present Scotland's Largest Islamic Conference:

World Renowned Speakers:
 Shaykh Assim Al-Hakeem,
Shaykh Haitham Al-Haddad,
Ustadh Hamza Tzortzis and
Shaykh Wajid Malik

...will be discussing the Last Testament sent from Allah (swt): The Glorious Quran..

Experience the Qur'an like never before. Create a new bond with the Most Glorious Book in the World!!

Quran recitation by Qari Muhammad Uthman Al-Qasim

BOOK YOUR TICKETS NOW:
TICKET LINE: 0141 429 1823

Online Tickets Purchase:
http://last-testament.eventbrite.co.uk/

Website: www.last-testament.com
Email: enquiries@last-testament.com

details:
https://www.facebook.com/events/390920207601308/

Saturday 17 March 2012

Penghargaan dari Keluarga Eby

Assalamualikum wbt.

Saya bagi pihak isteri ingin mengucapkan berbanyak2 terima kasih atas ucapan tahniah dan sebagainya atas kejayaan beliau memperolehi ijazah PhDnya. Kami mendoakan kejayaan anda semua di bumi Edinburgh ini.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas jasa, budi dan bantuan saudara saudari sekalian yang banyak membantu kami dari kami mula2 dtg, belum berkahwin, sesudah berkahwin, yang join rombongan pergi bernikah, yang carikan juru nikah, yang gotong royong masak untuk kenduri kahwin, yang byk bagi nasihat dan panduan sehinggalah kepada hari packing barang masuk kontena nak balik Malaysia dah ni. Jasa kalian sekalian tidak akan dilupakan dan semoga Allah SWT akan membalasnya. InsyaAllah.

Penerbangan kami pulang ke Malaysia dijadualkan Isnin ini. Doakan agar semuanya selamat dan berjalan lancar. Doakan jugak kami selamat menjadi Mama&Papa tak lama lagi. Semoga kita akan dipertemukan lagi di tanah air tercinta.

Akhir sekali, kami ingin memohon maaf zahir batin atas segala salah silap, kekurangan, kekasaran bahasa dan sebagainya. Mintak halal jugak makan minum kami. yang buruk itu dtg dari kami, yang baik itu dtg Allah SWT.

Eby & Airianah
eBy's Blackberry

Penghargaan dari Keluarga Izhar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat warga emsa family sekalian,

Alhamdulillah sudah sampai penghujungnya perjalanan kami disini. Tanggungjawab yang dipikul sudah dipenuhi dan dimana ada mulanya ada juga pengakhirnya. Untuk pengetahuan semua, kami akan berangkat ke tanahair pagi esok dan dijangka tiba di Malaysia pagi Ahad. 

Pengalaman bersama warga emsa family sekalian selama tiga setengah tahun disini penuh dengan kisah manis yang sungguhnya tidak akan dilupakan. Hidup di bumi asing ini memerlukan kerja sama kita semua dan alhamdulillah kita berjaya menjadi satu komuniti yang sangat bersepadu dan juga mengambil berat sesama kita. 

Disini saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kerana sudi menjadi sebahagian dari keluarga saya disini di Edinburgh, membantu dan bersama dalam melayari perjuangan saya sekeluarga di Edinburgh ini. Segala jasa rakan-rakan emsa family amat saya hargai dan tidak terbalas. Saya harapkan terbaik untuk anda semua dan saya dengan rendah dirinya meminta diri untuk pulang ke tanah air. Di harap persahabatan dan ukhwah yang terjalin semasa kita disana dapat disambung semula di malaysia. Sekali lagi jutaan terima kasih saya ucapkan buat warga emsa family dari diri saya dan keluarga. Hingga ketemu lagi di tanah air.


Wassalam
Izhar, Nurul, Aisya dan Adlyna.

Wednesday 14 March 2012

A Night In Palestine


Salam wbt dan salam sejahtera semua :-)

Saya nak promote event A NIGHT IN PALESTINE (Charity Dinner) anjuran 3 NGO yg tak asing

VIVA PALESTINA, ISLAMIC RELIEF DAN THE WELL FOUNDATION


Sudi kiranya utk menghadirkan diri atau memberi sumbangan bagi yg tak dpt hadir.Panel utama jemputan adalah George Galloway (Former Respect MP).

p.s. May Allah keep the spirit of the Palestinians (Gazans) high and strong. May Allah continue to bless the oppressed people around the world wherever they are with strength, patience, steadfastness, willpower and determination to fight for their rights and freedom. And may Allah continue to open the eyes of the civil societies around the world to fight the unjust, the oppressors and the abusers of powers, Allahumma ameen.

Terima kasih semua.

*We are Palestinians*

Adik Siti Zulaikha Hamzah
Undergrade


https://www.facebook.com/events/185763338193732/

Friends Of Syria



Assalamualaikum semua, this is a fund raising event for Syria which happening today from 12.30pm to 5.00 pm at Debating Hall, Teviot (sorry for late notification), feel free to come :)


Adik Mohd Faiq Abdul Halim
Undergrade

EMSA FAMiLY CHARITY Paintball WAR



Assalamualaikum wbt, 

Ucapan tahniah buat semua peserta Paintball EMSA family dan juga adik-adik undergrad yang menunjukan semangat juang yang tinggi. Pada kejohanan sulong Paintball EMSA family kali ini EMSA Family telah memenangi pertandingan ini 4-1 Undergrad. Semasa email ini ditulis, kesan tembakan dan sakit-sakit otot masih lagi terasa oleh peserta. 

Walaubagaimanapun, tujuan utama aktiviti ini telah tercapai iaitu untuk mengikat silaturahim dikalangan EMSA family dan undergrad sambil mengumpul dana. Alhamdulilah, dana mencecah GBP90 telah dapat dikumpul dan akan disalurkan pada tabung EMSA family. Terima kasih buat ustaz Sobri,Panglima Nizam dan Amin Rukaini(undergrad) yang memulakan inisiatif dari awal hingga akhir kejohanan. 

Insyallah kita jumpa tahun hadapan pula. 

Terima kasih 


ZaiNuri Mohamed 
Penghulu EMSA Family 2011/12








Sunday 11 March 2012

Warwick Malaysia Games 2012 - 17 Mac




Assalamualaikum datuk bendahara, datuk panglima, datuk temenggung, Jeneral, dan seangkatan dengannya. Maaf hamba tumpang lalu sebentar. Sekadar ingin menyampaikan pesanan dari Exco-sukan EMSA mengenai Warwick Games. Boleh pertimbangkan mana-mana kalau berkenan di hati. Menurut sahabat hamba, yuran pendaftaran akan ditampung oleh EMSA tetapi pengangkutan adalah tanggungan sendiri. Sekiranya ada yang berminat, boleh berhubung terus dengan Exco-sukan EMSA : Yu chyuan 07411526862. hamba ingin mengakhiri pesanan dinding ini dengan serangkap pantun, 

kajang pak malau kajang berlipat, 
kajang saya mengkuang layu,
selamat berjuang wahai sahabat, 
jangan gentar pada peluru....

selamat berjuang di medan paintball.... :) 

Wakil Undergarduate
Adik Nurhamimah Zainal Abidin

Paintball EMSA-Family 11 Mac


11/3/2012 (Ahad)  
 Bedlam Paintball 
Milton Farm Road 
South Queensferry, EH30 9SR 
Masa: 8.30am 

Mission : Saving Private Zaki


Thursday 8 March 2012

Paintball booking confirmation- EMSA FAMiLY cHARITY Paintball WAR




Assalamualaikum wbt, 

Atas arahan & makluman bagi pihak Panglima Perang EMSA Family, Jeneral (B) Mohd Isnizam, berikut butiran & senarai tentera2 yang akan menyertai pertandingan Paintball Persahabatan menentang Undergrad: 

Tarikh: 11/3/2012 (Ahad)  
Tempat: Bedlam Paintball 
Milton Farm Road 
South Queensferry, EH30 9SR 
Masa: 8.30am 

Semua tentera akan berkumpul di kawasan rumah Timbalan Penghulu (Kapten Kamarul- New John Place EH8) bertolak tepat jam 8am. Senarai tentera: 

1)Hakim 
2)Kamil 
3)Isnizam 
4)Sobri 
5)Nuri 
6)Kamarul 
7)Izhar 
8)Hassrol 
9)Khairul 
10)Jamal 
11)Marzukie 
12)Mushadad 
13)Nazli 
14)Zubir 
15)Abby 

Sila bank in GBP10 ke akaun dibawah untuk yuran pendaftaran & deposit (refundable or charitable).Tambahan untuk peluru boleh dibeli seperti dilampiran. Makanan tengahari disediakan oleh penganjur & butiran lanjut mengenai pakaian sila rujuk lampiran. 

Bank : Bank of Scotland
Nama : Mrs Husniyati Roslan
account no: 02498399
sort code : 80-46-35

Sila kemukan soalan jika ada kemusykilan. 

ZaiNuri Mohamed

Tuesday 6 March 2012

Kuliah Online - Misconceptions About Islam



[Online live event, 6/3/2012, Wednesday, 18:30 - 21:30 tonight (UK time)] With Brother Shah Kirit from Malaysia, in a Talk about "MISCONCEPTION ABOUT ISLAM" Brother Shah will share his experience, knowledge and thought in this special event live from Warwick University. You can watch live via nurramadhan.net. livestream portal:http://www.livestream.com/nur_ramadhan .


Bantuan Angkat Barang

Assalamualaikum wbt., 

Kepada seluruh Warga EMSA Family yang dihormati,

Untuk pengetahuan semua, kami dijangka pulang ke tanahair dalam masa yang terdekat ini. Dengan itu, saya dengan merendah diri, ingin memohon bantuan rakan-rakan yang berkelapangan untuk mengangkat barang ke kontena dirumah kami seperti maklumat berikut:

Tarikh: 10 March 2012, Sabtu
Masa: 8.30 pagi
Alamat: 11, Baberton Mains Avenue, EH14 3EQ
Bus: 33

Jamuan ringan pagi dan tenghari disediakan
Terima kasih.

Izhar & Nurul
07939160103
  

Paintball EMSA-Family 11 Mac



Adakah semasa zaman kanak-kanak anda bercita-cita untuk menjadi tentera.....anda penuhi ruang cita-cita anda semasa zaman persekolahan dengan pekerjaan sebagai pihak bersenjata tentera darat,laut atau udara.....kalau ada kelapangan anda penuhi dengan aktiviti perang-perang bersama kawan-kawan....mencabar kreativiti anda dengan mereka senapang buluh atau senapang berbedilkan terung cili bulat....kini zaman telah berlalu umur rekrut pun telah terlepas.....tidak mengapa realisasikan impian anda buat sekalian kalinya dengan menyertai paintball.....

Tempahan telah dibuat dan tempat masih ada...sekiranya berminat boleh hubungi @Abu huzaifa segera!!!!!bayaran semurah £5 (sambil derma tuh)


Mohamad Isnizam
AJK Emsa-Family

Bantuan Angkat Barang

Assalamualaikum WBT,

Warga EMSA Family yang dihormati,

Kini tiba pula giliran kami untuk pulang ke tanahair dalam masa yang terdekat. Dengan itu, saya dengan merendah diri, ingin mohon bantuan rakan2 yang berkelapangan untuk mengangkat barang ke kontena dirumah kami seperti maklumat berikut:


Tarikh: 3 March 2012, Sabtu
Masa: 8.45 pagi
Alamat: 135/4 Craigmillar Castle Avenue, EH16 4DN

Bus: 2, 14, 21, 30, 42

Jamuan ringan pagi dan tghari disediakan

Terima kasih.
Eby
07506156026

Pertandingan Hafazan Sekolah Malaysia Edinburgh




Assalamualaikum wbt,

Ucapan tahniah buat semua anak-anak Sekolah Malaysia Edinburgh yg telah menunjukkan keyakinan dan keberanian yang tinggi untuk tampil ke hadapan pentas membaca ayat-ayat hafazan. Pada pertandingan hafazan 2012 yg sulung diadakan ini, Adik Maisarah telah menjuarai kategori anak-anak dewasa dan bagi kategori anak-anak kecil pula ke 6 peserta menjadi johan bersama. Berikut adalah kedudukan peserta dewasa selepas pemarkahan:
1)Adik Maisarah
2)Adik Husna
3)Adik Irfan
4)Adik Aqil
5)Adik Haifa
6)Adik Batrisya

Terima kasih buat guru-guru Sekolah Msia Edinburgh (CIkgu Nurul & Norsiah) dan para juri professional (Al-fadhil Ustaz Mushadad dan Ustaz Sobri) yang bertungkus lumus menjayakan majlis yang sederhana ini tetapi memang meriah dengan gelagat anak-anak. Tidak lupa juga kepada ibubapa yang hadir memeriahkan majlis dan memberi sokongan pada anak-anak. Alhamdulilah objektif pertandingan iaitu untuk membina keyakinan, keberanian diri untuk anak-anak tampil kehadapan hadirin yg ramai sudah tercapai.

Teruskan perjuangan dengan membimbing dan menghiasi anak-anak dengan doa-doa. Insyallah kita jumpa lagi tahun hadapan.

Terima kasih

Zainuri Mohamed
Pengetua Sekolah Malaysia Edinburgh