* SELAMAT DATANG * WELCOME *


Blog Komuniti Malaysia Edinburgh atau lebih dikenali sebagai EMSA Family (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) ini diwujudkan bagi memudahkan pelajar yang berkeluarga di sekitar Edinburgh mengetahui aktiviti semasa yang dianjurkan oleh pihak EMSA. Bakal pelajar yang akan menyambung pengajian di sini juga boleh memperoleh sedikit info tentang suasana kehidupan dan pembelajaran di Edinburgh khususnya dan UK amnya


The Komuniti Malaysia Edinburgh blog or known as EMSA (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) is established to highlight ongoing EMSA activities and events organised by EMSA representatives to the students, especially those who are accompanied by their family. Prospective students can also benefit from this blog by getting useful information about the living and educational environment especially in Edinburgh and UK.

Saturday 24 December 2011

Lawatan YB Dato' Seri Nazri Abdul Aziz ke Edinburgh

Salam, kepada semua pelajar tajaan MARA, saya kepilkan email daripada Penolong Pengarah MARA UK, dijemput hadir:

" Assalamualaikum saudara/saudari,

Adalah dimaklumkan bahawa YB Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri akan mengadakan satu perjumpaan dgn pelajar2 Malaysia yang berada di Edinburgh seperti ketetapan berikut :
...
Tarikh : 31 Disember 2011 (Sabtu)
Masa : 5pm - 7pm
Tempat : Mosque Kitchen Edinburgh, 33 Nicolson Street, Edinburgh EH8 9BX
Program : Perjumpaan & Makan Malam

Sehubungan dengan itu, pelajar2 tajaan MARA dijemput menghadiri perjumpaan & makan malam tersebut. Saudara/saudari juga diminta untuk hadir tepat pada masa yang ditetapkan. Mohon dipanjangkan makluman ini kepada pelajar-pelajar tajaan MARA yang lain di Edinburgh & Heriot Watt.

Sekian, harap maklum.


Mohd Syahidin Bin Mohd Arifin
Penolong Pengarah
b/p Pengarah
MARA United Kingdom

Jemputan dari Malaysian Students Community of Leeds

Friday 16 December 2011

Sesi Fotografi Sekolah Malaysia Edinburgh

Assalamualaikkum wbt,

Insyallah....sessi persekolahan anak-anak tahun 2011 akan berakhir dan minggu ini merupakan minggu terkakhir sebelum cuti Krismas dan tahun baru 2012. Dijemput semua warga EMSA family untuk hadir beramai-ramai membawa anak-anak bagi memeriahkan sesi fotografi sekolah Malaysia Edinburgh. Sila bawa snek dan minuman masing-masing untuk sesi terakhir ini dan sessi akan datang..

Dalam pada itu juga dijemput ibubapa untuk meninjau perjalanan Sekolah Malaysia dan melihat segala hasil karya anak-anak yang telah difailkan sepanjang 2011 untuk rujukan semasa.

Tarikh: 17 Dec 2011 (Sabtu)
Masa: Tepat 1200pm
Tempat: Kelas Liberton High School


ZaiNuri Mohamed
Pengetua Sekolah Malaysia 2011/12

Sunday 11 December 2011

Pendaftaran Pengundi Pos di UK

Assalamualaikum wbt,

Bagi sesiapa yang ingin menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pos, diminta layari link dibawah. Pendaftaran sebagai pengundi pos kini boleh dibuat di Malaysia Hicom London sahaja :

          http://www.masduke.net/v3/index.php?fn_page=2

Tuan/puan perlu membawa bersama surat pengesahan sebagai pelajar sepenuh masa (Full-time student) dari universiti masing-masing.

Sekian terima kasih

ZaiNuri Mohamed
Penghulu Emsa Family 2011/12

Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin



Alhamdulillah, usai sudah majlis bacaan yasin dan solat hajat beramai-ramai. Moga-moga amalan solat hajat tetap diteruskan dan moga-moga amalan kita diterima. Semoga dapat menjawab exam dengan baik bagi yang bakal mengambil exam dan dalam segala macam perkara. Taqabbalallahuminna waminkum.

Wakil Undergrade
Adik Amin Rukaini Mustafa

Friday 9 December 2011

Sesi Fotografi Sekolah Malaysia Edinburgh

Assalamualaikum wbt,

Sekolah Malaysia Edinburgh ingin mengadakan sessi fotografi berkumpulan untuk diabadikan selepas pulang ke tanahair nanti. Memandangkan SME hanya mempunyai dua kelas, ianya mengambil masa yang singkat (15-20minit) untuk membuat persiapan dan susun atur pelajar-pelajar. Seorang Jurugambar professional telah dikenal pasti untuk menghasilkan gambar yang berkualiti tinggi dan segala hasil pengambaran boleh ditempah dan sumbangan akan masukan semula ke tabung Sekolah Malaysia Edinburgh. Sessi pengambaran dijadualkan seperti berikut:

Tarikh: 17 Dec 2011 (Sabtu)

Masa: Selepas sesi Sekolah Msia- 1030-1200pm
Tempat: Kelas Liberton High School


Anak-anak diminta berpakaian kemas dan sesi pengambaran akan bergantung kepada keadaan cuaca dan akan dimaklumkan jika tidak bersesuaian. Saya ingin menjemput semua warga EMSA family yang mempunyai anak-anak untuk menyertai sessi fotografi ini sambil menyumbang kepada kesinambungan dan perjalanan Sekolah Msia Edinburgh


Sekian terima kasih

ZaiNuri Mohamed

Wednesday 7 December 2011

Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin

Assalamualaikum wbt,

Dijemput semua ahli EMSA familydan pelajar undergrad muslimin muslimat yang berkelapangan untuk hadir bagi memohon dipermudahkan oleh Allah swt untuk menghadapi musim peperiksaan tidak lama lagi. Solat hajat dan bacaan yassin akan diadakan seperti butiran berikut:

Tempat: Surau King Building University Edinburgh
Masa: 5pm
Tarikh: Sabtu 10 Dec 2011

Insyallah majlis ini akan diterajui oleh Ustaz Mushadad yang akan mengimamkan solat hajat & doa. Kepada sesiapa yang sudi untuk membawa makanan atau kuih muih sebagai jamuan ringan amatlah dialu-alukan. Sila sebarkan dan war-warkan kepada semua pelajar muslimin dan  muslimat lain(undergrad, master, postgrad) untuk sama-sama memohon kepada Allah swt.

Sekian terima kasih

Zainuri
Penghulu Emsa-Family 2011/12

Penghargaan dari Keluarga Roslan

Assalamualaikum semua rakan rakan di edinburgh.

Kami sekeluarga sudah selamat sampai di Malaysia pada 2 hb 12. Sekarang ni kami berada di Kuantan. Saya telah pun menyambung tugas di UIAM Kuantan, di Kulliyyah Perubatan.

Kami sekeluarga ingin mengucapkan ucapan terima kasih yg tak terhingga kepada semua rakan yg telah byk membantu kami semasa kami baru sampai di edinburgh sampai la kapan waktunya kami pulang kembali ke tanah air. Hanya Allah Ta`ala sahaja yg dpt membalas jasa baik rakan2 semua.

Masih lagi mencari rumah utk di diami. Kalau ada sahabat2 yg nak mai Kuantan , roger la saya. Bleh lepak kt umah.(bila dh ada nanti).

Sekian, Wassalam.

Roslan

Tuesday 6 December 2011

Kuliah online : Stress



[Info Program hari ini, 6/12/2011 (Selasa), 11 Muharram, 9:00 mlm] meneruskan program bulan Hijrah, Nur Ramadhan membawakan kepada anda dengan kerjasama MISG ABIM UK EIRE, 4 slot Siri Motivasi 'Stress' & Psikologi bersama Prof Dr Norzuraida Zainal, Cambridge yang kini sedang dalam cuti sabatikal di UK. Slot pertama, mengenal Stress akan bersama dengan kita malam ini jam 9:00 malam. Maklumat lanjut: http://www.nurramadhan.net/2011/11/stress-tekanan-perasaan-bagaimana-mengatasinya/#.Tt5DerIr27s

Monday 5 December 2011

Fadhilat Puasa Hari 'Asyura

Fadhilat Puasa Hari ‘Asyura

Sesungguhnya kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW bagi sesiapa yang mengamalkan puasa sunat ini amatlah besar. Antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Qatadah (maksudnya): “Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu". (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi).

Dalam riwayat yang lain pula disebutkan bagaimana Rasulullah SAW begitu mengambil berat dan memberi keutamaan kepada amalan puasa pada hari ‘Asyura ini. Hal ini sebagaimana yang disebut oleh Ibn Abbas bahawa beliau pernah ditanya tentang puasa pada hari ‘Asyura ini, lalu beliau berkata: “Aku tidak pernah ketahui bahawa Rasulullah SAW berpuasa sehari kerana mencari kelebihannya di atas hari-hari yang lain kecuali pada hari ini, dan Baginda tidak berpuasa sebulan kerana mencari kelebihan ke atas bulan-bulan yang lain kecuali bulan ini, iaitu: Ramadhan”. (Riwayat Imam Muslim)


Puasa Tasu’a (hari ke-9 Muharram)

Selain daripada berpuasa pada hari ‘Asyura ini, kita juga digalakkan untuk berpuasa pada hari sebelumnya iaitu hari ke-9 Muharram. Ini berdasarkan beberapa hadis sahih, antaranya ialah:

Daripada Ibn Abbas r.a berkata (maksudnya): “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: "Sekiranya di tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9". Ibn Abbas berkata: Tidak sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah SAW wafat terlebih dahulu.” (Riwayat Imam Muslim)

Daripada Ibn Abbas r.a berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Sekiranya aku masih hidup hingga tahun hadapan, nescaya aku pasti akan berpuasa pada hari ke-9". (Riwayat Muslim).

Imam al-Nawawi (wafat 676H) dalam menghuraikan hadis-hadis ini telah menukilkan pendapat Imam al-Syafie dan ulamak di dalam mazhabnya, Imam Ahmad, Ishak dan yang lain-lain bahawa mereka semua ini berpendapat bahawa disunatkan berpuasa pada hari ke-9 dan hari ke-10, kerana Nabi SAW berpuasa pada hari ke-10 (‘Asyura) dan berniat untuk berpuasa pada hari ke-9 (tahun berikutnya). Imam al-Nawawi menyambung lagi: “Sebahagian ulamak berpendapat bahawa kemungkinan sebab digalakkan berpuasa pada hari ke-9 dengan hari ke-10 ialah supaya tidak menyamai dengan amalan kaum Yahudi yang hanya berpuasa pada hari ke-10”. (Rujuk: al-Minhaj syarh Sahih Muslim, Bab al-Siyam, ( Beirut : Dar al-Ma’rifah , cet.7, 2000), jil 4, hal. 254).

Justeru, marilah kita merebut peluang pada kesempatan bulan yang mulia ini untuk menambahkan amalan kita dengan berpuasa sunat. Renungilah saranan yang diberikan oleh Rasulullah SAW seperti mana yang diriwayatkan oleh Jundub bin Sufian bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Sesungguhnya solat yang paling utama selepas solat fardhu ialah solat pada waktu tengah malam dan puasa yang paling utama selepas puasa Ramadhan ialah puasa di bulan Allah yang kamu panggilnya Muharram".

(Hadis riwayat Imam al-Nasa’ie dengan sanad yang sahih).


NUKILAN : USTAD SOBRI

Kelebihan Puasa 9 dan 10 Muharram

Kelebihan Puasa 9 & 10 Muharram
Hadith-hadith tentang puasa hari ‘Asyura (10 Muharram)

Ibn ‘Abbas meriwayatkan yang bermaksud: “Apabila Nabi SAW datang ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura, lalu Baginda bertanya: "Apakah ini?". Mereka menjawab: “Hari ini adalah hari yang baik di mana Allah telah menyelamatkan padanya Nabi Musa dan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa”. Lalu Baginda SAW bersabda: "Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu," maka Baginda pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa”. (Riwayat al-Bukhari)

A’isyah r.a berkata (maksudnya): “Rasulullah SAW telah mengarahkan supaya berpuasa pada hari A’syura, dan apabila telah difardhukan puasa Ramadhan, maka sesiapa yang hendak berpuasa (hari A’syura) maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang hendak berbuka maka dia boleh berbuka (tidak berpuasa)”. (Riwayat al-Bukhari & Muslim).

Daripada ‘Aisyah r.a berkata yang bermaksud: “Orang-orang Quraish di zaman jahiliyah berpuasa pada hari ‘Asyura, dan Rasulullah SAW juga berpuasa pada hari A’syura. Maka apabila Baginda datang ke Madinah, Baginda berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang ramai berpuasa. Apabila difardhukan kewajipan puasa Ramadhan, ditinggalkan puasa pada hari ‘Asyura lalu Baginda bersabda: "Sesiapa yang mahu, maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang tidak mahu berpuasa, maka dia boleh tinggalkannya". (Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Inilah beberapa contoh hadith sahih yang menyebut tentang puasa pada hari ‘Asyura. Daripada hadith-hadith ini dapat difahami bahawa puasa pada hari ‘Asyura merupakan suatu perkara yang wajib sebelum daripada difardhukan puasa Ramadhan. Apabila difardhukan puasa Ramadhan pada tahun ke-2 Hijrah, maka kewajipan ini telah gugur. Namun ianya tetap digalakkan dan merupakan salah satu daripada sunnah yang sangat dituntut. Inilah antara kesimpulan yang disebut oleh al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani (wafat 852H) dan al-Imam Muslim (wafat 676H) ketika menghuraikan hadith-hadith tentang puasa ‘Asyura ini.

(Rujuk Fath al-Bari, Kitab al-Saum, Bab Siyam Yaum ‘Asyura, 4/309, dan al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, Bab Saum Yaum ‘Asyura’ 4/245).

Kuliah Online Bersiri (KHUF : PEMAKAIAN DAN HUKUMYA)



‎[Info Prog Isnin, 5/12 @ 10 Muharram]


Persoalan Khuf: Pemakaian dan Hukumnya

Bersama Ustaz Amir Yusuf jam 9:15 

dalam slot FIQH TRAVELLERS Nur Ramadhan.

Sunday 4 December 2011

Penghargaan dr Ustad Fakhruzzaman

Assalamualaikum,


Alhamdulillah kami sekeluarga dah selamat sampai di Kuantan pada hari jumaat jam 7 malam...gembira sampai ketanahair namun juga sedih berpisah dengan rakan2 dan meninggalkan Edinburgh yang damai....dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kepada sahabat EMSA family yang banyak membantu ketika kami sampai Edinburgh sampailah kami pulang. Semoga Allah membalas dengan limpah rahmatnya . Juga kepada rakan2 yang masih meneruskan perjuangan diucapkan selamat berjuang.
InsyaAllah kami akan menetap di Kuantan.

Contact no dan adress akan saya beritahu kemudian,InsyaAllah.

Terima kasih.
Fakhruzzaman,Nor Asilah,Farhan Fahmi Iman dan Imran.