* SELAMAT DATANG * WELCOME *


Blog Komuniti Malaysia Edinburgh atau lebih dikenali sebagai EMSA Family (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) ini diwujudkan bagi memudahkan pelajar yang berkeluarga di sekitar Edinburgh mengetahui aktiviti semasa yang dianjurkan oleh pihak EMSA. Bakal pelajar yang akan menyambung pengajian di sini juga boleh memperoleh sedikit info tentang suasana kehidupan dan pembelajaran di Edinburgh khususnya dan UK amnya


The Komuniti Malaysia Edinburgh blog or known as EMSA (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) is established to highlight ongoing EMSA activities and events organised by EMSA representatives to the students, especially those who are accompanied by their family. Prospective students can also benefit from this blog by getting useful information about the living and educational environment especially in Edinburgh and UK.

Sunday 31 July 2011

Pengumuman Tarikh Puasa 1432H

Assalamualaikum wbt,

Dengan sukacitanya saya ingin memaklumkan maklumat drp Central Mosque Edinburgh yg telah menetapkan bahawa tarikh permulaan puasa jatuh pada esok hari 1 Aug 2011. Solat terawih akan diadakan disemua masjid seluruh Edinburgh pada malam ini.

Selamat berpuasa

Nuri

Penghulu EMSA-Family 2011/12

Saturday 30 July 2011

Ucapan terima kasih Dr Rahimi

Assalamualaikum,

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada rakan2 yang prihatin. Alhamdulillah, Allah telah memberi kelapangan, kemudahan dan kejayaan kepada saya dalam menghadapi viva tempoh hari.

Sokongan, galakan dan doa rakan2 juga amat saya hargai.

Semoga ia akan menjadi pendorong kepada rakan2 yang masih dan akan menamatkan pengajian.

Dikesempatan ini saya juga ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada rakan2 yang membantu memuatkan barang2 ke dalam kontena sebentar tadi. Syukur semuanya berjalan dengan lancar. Semoga semangat bantu membantu ini akan diteruskan. Jasa kalian amat saya hargai dan berdoa agar diberi ganjaran dari Nya..

InsyaAllah saya sekeluarga akan pulang ke tanahair dalam masa kurang dari 2 minggu untuk memikul tugas dan amanah untuk agama, bangsa dan negara.

Hanya kepada Allah sahajalah tempat mengadu, penentu yang telah berlaku dan pelaksana apa yang bakal terjadi.

'Selamat Maju Jaya'
Rahimi M. Yusop

Program Ramadhan 2011

Jadual Waktu Solat Sepanjang Ramadhan Central Mosque Edinburgh





Friday 29 July 2011

Tips dan Panduan Menyambut Ramadhan dari Tok Penghulu

Beberapa tips dan panduan yang boleh kita kongsikan bersama dalam hal membuat persiapan ini.


1. Persiapan ruhiyah (spiritual)
Persiapan ruhiyah dapat dilakukan dengan memperbanyak ibadah, seperti memperbanyak membaca Al-Qur’an saum sunnah, dzikir, do’a dll. Dalam hal mempersiapkan ruhiyah, Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam mencontohkan kepada umatnya dengan memperbanyak puasa di bulan Sya’ban, sebagaimana yang diriwayatkan ‘Aisyah ra. berkata:” Saya tidak melihat Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam menyempurnakan puasanya, kecuali di bulan Ramadhan. Dan saya tidak melihat dalam satu bulan yang lebih banyak puasanya kecuali pada bulan Sya’ban”(HR Muslim).

2. Persiapan fikriyah
Persiapan fikriyah atau akal dilakukan dengan mendalami ilmu, khususnya ilmu yang terkait dengan ibadah Ramadhan. Banyak orang yang berpuasa tidak menghasilan kecuali lapar dan dahaga. Hal ini dilakukan kerana puasanya tidak dilandasi dengan ilmu yang cukup. Seorang yang beramal tanpa ilmu, maka tidak menghasilkan kecuali kesia-siaan belaka.

3. Merencanakan Peningkatan Prestasi Ibadah (Syahrul Ibadah)
Ibadah Ramadhan dari tahun ke tahun harus meningkat. Tahun depan harus lebih baik dari tahun ini, dan tahun ini harus lebih baik dari tahun lalu. Ibadah Ramadhan yang kita lakukan harus dapat merubah dan memberikan output yang positif kepada peningkatan diri dan jemaah serta masyarakat.


4. Menjadikan Ramadhan sebagai Syahrut Taubah (Bulan Taubat)
Bulan Ramadhan adalah bulan di mana syaitan dibelenggu, hawa nafsu dikendalikan dengan puasa, pintu neraka ditutup dan pintu surga dibuka. Sehingga bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat kondusif untuk bertaubat dan memulai hidup baru dengan langkah baru yang lebih Islamik. Taubat bererti meninggalkan kemaksiatan, dosa dan kesalahan serta kembali kepada kebenaran. Atau kembalinya hamba kepada Allah SWT, meninggalkan jalan orang yang dimurkai dan jalan orang yang sesat.

Taubat bukan hanya terkait dengan meninggalkan kemaksiatan, tetapi juga terkait dengan pelaksanaan perintah Allah. Orang yang bertaubat masuk kelompok yang beruntung. Allah SWT. berfirman:

Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung” (QS An-Nuur 31).

Oleh kerana itu, di bulan bulan Ramadhan orang-orang beriman harus memperbanyak istighfar dan taubat kepada Allah SWT. Mengakui kesalahan dan meminta ma’af kepada sesama manusia yang dizhaliminya serta mengembalikan hak-hak mereka. Taubah dan istighfar menjadi syarat utama untuk mendapat maghfiroh (ampunan), rahmat dan karunia Allah SWT.



(Sumber dari Nuri - Penghulu EMSA-Family 2011/12)

Jadual Terawih & Aktiviti EMSA-Family Sepanjang Ramadhan

Assalamualaikum wbt,

Saya mengucap syukur Alhamdulilah kerana Ramadhan semakin hampir dan terlalu dekat untuk disambut. Di penghujung Ramadhan yang lalu saya berdoa agar Allah memberikan saya peluang lagi bertemu dengan Ramadhan kerana ganjaran yg lumayan.

Allahumma Ballighna Ramadhan, doa yang diulang-ulang oleh Rasulullah s.a.w apabila mendekati bulan yang mulia ini. Diriwayatkan bahawa apabila tibanya bulan Rejab, maka Rasulullah akan berdoa ‘Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan’ (Riwayat Al-Bazzar, At-Thabrani, Al-Baihaqi).

Para sahabat yang bersama dengan Rasulullah s.a.w dididik dengan tema yang agung ini; Allahumma Ballighna Ramadhan. Sebab itu, para sahabat menyambut dan menanti Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kecintaan. Katanya, doa tersebut ada yang dibacakan enam bulan sebelum Ramadhan menharap agar bertemu dengannya. Kemudiannya, enam bulan selepas Ramadhan pula disi dengan tangisan kerana berlalunya Ramadhan. EMSA family ada mendapat pertanyaan darioada individu & orang persorangan yg ingin menganjurkan solat terawih berjemaah dirumah masing2. Untuk itu, saya ada sediakan jadual untuk sesiapa yang berminat untuk menganjurkan solat terawih secara berjemaah & bolehlah mengisi jadual tersebut seperti dilampiran.

Akhirnya, saya berpesan kepada diri saya yang lemah ini dan juga kepada para pembaca sekalian agar kita benar-benar dapat meraikan Ramadhan ini seperti mana yang dituntut oleh Islam bukannya yang dituntut oleh nafsu kita. Semoga Ramadhan pada kali ini akan memberikan kita kekuatan untuk membina jati diri kita sebagai seorang muslim yang beriman dan melaksanakan tanggungjawab kita untuk menjadi khalifah Allah di muka bumi ini.

Semoga Allah memberikan kita kekuatan.

Nuri

Penghulu EMSA Family 2011/12


(Jadual Terawih boleh didownload drp email Emsa-family yahoo group)

Thursday 28 July 2011

Jemputan ke Majlis Pembukaan Iqra' Academy Mosque

Assalamualaikum wbt,

Disini saya ingin memanjangkan jemputan daripada pihak pengurusan IQRA' Academy Mosque bagi menjemput sesiapa yang berkelapangan pada esok hari ke majlis pembukaan masjid baru tersebut. Aturcara dan waktu adalah seperti berikut:



Tarikh: 29 Julai 2011 (Jumaat)
Masa: 7.30 ptg- 11.30 mlm
Tempat: IQRA' Academy Mosque (EH16 5PJ)



Aturcara:
Pembacaan tilawah Al-Quran
Ucapan dan sesi tazkirah dari Ulama tempatan
Doa
Jamuan Makan Malam




Untuk makluman semua terutama bagi mereka yang tinggal dikawasan sekitar Liberton, IQRA Academy Mosque akan membuka Dewan solat utamanya bagi sesi solat Jumaat iaitu pada 5 Ogos 2011 bersamaan 5 Ramadhan 1432.

Sekian,

Zaki Annuar

- solat sunat terawih juga akan diadakan di masjid baru ini disepanjang bulan Ramadhan ini

Jack & Jill Market 31 Julai


Jack n Jill Market

Location : Meadowbank Sports Centre

Date : 31st July 2011

Start : 10.30 am






Where Smart Mums Sell and Save. The Jack & Jill Markets are quality nearly-new baby & children's markets across Scotland where mums make and save money, while recycling at the same time.

Monday 25 July 2011

Mesej dari Penghulu utk lawatan SME



Assalamualaikum wbt,

Alhamdulilah syukur kehadirat Ilahi kita dapat menjalankan aktiviti Lawatan Sekolah Msia dengan cuaca yg baik & suasana sederhana tetapi meriah. Jutaan terima kasih buat semua warga EMSA yg hadir memeriahkan lagi aktiviti walaupun cuaca yg agak panas masih bersemangat & bersabar melayan karenah anak2.

Tahniah diucapkan kepada pemenang hadiah misteri EMSA family yg mendapat undian tertinggi:

"Best dressed family"- Kamarul & Nik
"Best dressed kids (boy / girl)"- Adik Ainun (Nazrin)
"Best dressed baby/cute baby of the day"- Baby Nuha (Nazir)
"Pengunjung paling ceria/lucu" (Saudari Liza)
"Pasangan suami/isteri romantis" Pasangan Izhar & Nurul

Tahniah tak berbelah bagi juga untuk anak2 sekolah Msia yg bertungkus lumus melengkapkan kuiz & juga mewarna. Anda semua adalah pemenang & hadiah paling besar adalah set pensil warna yg telah diberikan terdahulu.

Akhir sekali, ribuan terima kasih buat AJK EMSA family yang bertungkus lumus dari mula hingga akhir aktiviti & berjaya mengumpul dana EMSA melalui tabung bergerak EMSA sebanyak GBP 68.12

Saya & AJK EMSA ingin memohon kemaafan jikalau ada salah & silap sepanjang aktiviti berlangsung. Sebarang komen & cadangan amat dialu2kan.

Jumpa lagi pada aktivit akan datang.

Sekian terima kasih

Nuri
Penghulu Emsa-family 2011/12














RAMADHAN kian hampir...




Wahai manusia, telah datang kepada kalian bulan yang agung dan penuh berkah. Di dalamnya terdapat satu malam yang nilai (ibadah) di dalamnya lebih baik dari 1000 bulan. Allah menjadikan puasa pada siang harinya sebagai sebuah kewajiban, dan... menghidupkan malamnya sebagai perbuatan sunnah (tathawwu’). Barangsiapa (pada bulan itu) mendekatkan diri (kepada Allah) dengan satu kebaikan, ia seolah-olah mengerjakan satu ibadah wajib pada bulan yang lain. Barangsiapa yang mengerjakan satu perbuatan wajib, ia seolah-olah mengerjakan 70 kebaikan di bulan yang lain. Ramadhan adalah bulan kesabaran, dan kesabaran itu balasannya surga. Ia (juga) bulan tolong-menolong, di mana di dalamnya rezki seorang Mukmin bertambah (ditambah). Barangsiapa (pada bulan itu) memberikan buka kepada seorang yang berpuasa, maka itu menjadi maghfirah (pengampunan) atas dosa-dosanya, penyelamatnya dari api neraka dan ia memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa itu, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa (itu) sedikitpun.” Kemudian para Sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, tidak semua dari kita memiliki makanan untuk diberikan sebagai buka orang yang berpuasa.” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata, “Allah memberikan pahala tersebut kepada orang yang memberikan buka dari sebutir kurma, atau satu teguk air atau susu. Ramadhan adalah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya maghfirah (ampunan) dan akhirnya pembebasan dari api neraka.”

Hadits ini diriwayatkan oleh Al Baihaqi, Al Hakim, Ibnu Khuzaimah (no. 1887) dan Al Ash-habani

(Sumber dari Ustad Sobri Saad - Bendahari EMSA Family 2011/12)



Sunday 24 July 2011

Free Swimming Lesson 25-30 July

Kepada sesiapa yg berminat boleh mengisi borang dihantar kepada email address jackiemills@edinburghleisure.co.uk dan secara automatik tempat akan direserve.

Borang boleh didownload dari email penghulu towards Emsa-yahoo group.

Date: 25 July -3 Aug
Place : St Augustine High School
Person Incharge : Jackie Mills
Position : Swim Programme Administrator
Phone : 0131 669 6888


Klik Edinburgh Leisure untuk aktiviti-aktiviti lain.

Free Islamic Courses at Edinburgh 25-26 July



Join for two evenings of inspiration and learning, featuring the launch of the groundbreaking iSyllabus Islamic Studies course. This two evening intensive course, full of inspiration and learning will put the spirit back into the practice-the heart back into the body. Covering practical tips, in-depth Islamic Law, spiritual advice as well as contemporary day to day advice relating to Fiqh. It is a unique opportunity to fully benefit from Ramadan and the act of fasting.

Just some of the many topics covered:
How did previous religious communities fast and how does it differ from the fast of Islam?
What are the rulings on fasting for diabetics and others with medical complications?
Can we predict when the new month starts using Astronomy?
What does it mean to have your sins forgiven?
How can I make the most of this Ramadan?

EDINBURGH in association with Napier ISoc
Shaykh Ruzwan Mohammed & Shaykh Amer Jamil
Date: Mon 25th & Tues 26th July
Time: 6.30pm - 9.15pm
Venue: Edinburgh Napier University, Craiglockart Campus, Riady Lecture Hall, EH14 1DJ




For more information, just click ISYLLABUS and FB ISYLLABUS

Friday 22 July 2011

Final Update : Lawatan Sekolah Malaysia Edinburgh ke Almond Valley



Assalamualaikum wbt,


Berikut adalah senarai TERKINI ketua keluarga & bilangan ahli keluarga (anak) yg akan menyertai Lawatan SME yang dijadualkan pada 23July 2011 ini:

1)Zaki (2)
2)Nazrin (4)
3)Hafiz (1)
4)Nazli (4)
5)Kamarul (2)
6)Ustaz Kamaruzaman (4)
7)Ustaz Sobri (3)
8)Marzuki (1)
9)Nazir (1)
10)Rahmat
11)Hj Zaihan (bujang)
12)Izhar (2)
13)YB Dr Rahimi Yusof (2)
14)Nuri (2)
15)Ikhsan &family (2)
16) Karim + Fira Akhir+ Azwin Yusof+Iffah (bujang)
17)Nizam (2)
18)Jamal (3)
Jumlah dewasa 37, Kanak2<3thn=9org & kanak2 >3thn=26




ATURCARA MAJLIS

Masa bertolak:9.00 am
Doa Selamat sebelum bertolak oleh Yg Berbahagia Ustaz Kamaruzaman
Tempat berkumpul: ASDA Chesser

10.30am-1.30pm
Taklimat Ringkas
Anak-anak Sekolah Malaysia akan diberikan kertas kuiz & jawapan yg terdapat diserata Almond Valley hendaklah diisi dengan bantuan & iringan oleh Ibubapa.

1.30pm-2.00pm
Solat Zohor
Rehat /makan tengahari 'potluck'

2.00pm-4.00pm
Hadiah2 akan diberikan kepada anak2 yg berjaya melengkapkan kuiz.
Hadiah misteri untuk EMSA Family

4.30-5.00pm
Sessi photography beramai-ramai

5.00pm
Bersurai

Kepada Ahli EMSA yang menaiki pengangkutan awam, perkhidmatan bas terus ke Almond Valley ada disediakan . Sesiapa yang berminat boleh menghubungi Saudara Nizam di 07828058250 untuk waktu perjalanan & bergerak secara berkumpulan.

Selamat Jalan
Jumpa anda disana!!

Nuri

Penghulu Emsa-Family 2011/12

Thursday 21 July 2011

The Royal Edinburgh Military Tattoo

Discover highlights of the event, details and facts about the bands and performers over the years, lots of details about Edinburgh Castle and Scottish Regiments.



2011 Preview performance, 4 August
The preview show for the 2011 Royal Edinburgh Tattoo will take place Thursday, 4 August at 9.30 pm. A limited number of half price tickets will be available for sale from 10am (BST) on Monday 25 July 2011 (telephone, internet and counter bookings only).Ticket prices for the preview show will range from £11.50 to £27.50. Internet bookings for this performance will be limited to four tickets per household. Multiple bookings which exceed the limit will be cancelled without notification. The show will be 1.5 hours as usual, however the media will also be in attendance on the Castle Esplande for the Preview show performance.

Click this link for more info :

ROYAL EDINBURGH MILITARY TATTOO

Wednesday 20 July 2011

Jom pi tengok bola !!!


Pakat ramai-ramai tengok football matches @ Stadium Easter Road . Free parking @ Harrismith Place EH7 5PA.

Monday 18 July 2011

Update : Lawatan ke Almond Valley, Livingston



Berikut adalah senarai ketua keluarga bilangan ahli keluarga (anak) yg akan menyertai Lawatan SME yang dijadualkan pada 23July 2011 ini:

1)Zaki (2)
2)Nazrin (4)
3)Hafiz (1)
4)Nazli (4)
5)Kamarul (2)
6)Ustaz Kamaruzaman (4)
7)Ustaz Sobri (3)
8)Marzuki (1)
9)Nazir (1)
10)Rahmat
11)Hj Zaihan (bujang)
12)Ustaz Suhaili (2)
13)YB Dr Rahimi Yusof (2)
14)Nuri (2)
15)Norhayati &family (2)
16) Karim (bujang)

Jumlah dewasa 30, Kanak2<3thn=9org kanak2 >3thn=21

Kepada sesiapa yg belum memberi jawapan atau ingin memberi kata putus disaat-saat akhir sila maklumkan kepada saya melalui sms,email or Facebook "EMSA family" untuk dimaklumkan kepada pihak pengurusan ladang.

Sekian, terima kasih.

Nuri
Penghulu EMSA-Famili (2011/12)

Friday 15 July 2011

Kenangan Addy & Siti Bersama Keluarga EMSA

As'salamualaikum buat semua teman teman dibumi Edinburgh,

Sebelum memulakan bicara, maaf dipohon sebab agak lewat memberi update keadaan kini. Hehe... Alhamdulillah, kami (saya dan isteri Siti Mariam) telah selamat sampai di Malaysia dan telah pun duduk dirumah sendiri. Seperti yg kebanyakkan rakan2 ketahui, saya telah pun balik lebih awal (2/7/2011) manakala isteri saya pada 13/7/2011. Setelah menunggu akhirnya internet, phone dan tv telah pun dipasang dirumah kami. Jadi, terus saja saya menitipkan ucapan terima kasih atas segalanya selama saya dibumi Edinburgh.

Buat pertamanya, ucapan terima kasih buat Haji Zaihan dan Faizi yg banyak membantu sewaktu kami belum pun menjejakkan kaki di Edinburgh. Bantuan mencari rumah dan menyediakan kenderaan di airport. Ini kembali kepada tahun 2008. Haha... Setelah itu berbanyak2 terima kasih buat Rahimi dan Khardzir yg menjemput kami di airport dan penuh brg dlm kereta peugeot 406. Terpaksa ada org yg kne naik bas. Haha... Time tu kami blur2 lg. Maklumla org baru.... Hehe.... Host dan jiran kami yg pertama Suhaili dan Fatin yg menyediakan jamuan utk kami. We had a warm welcome eventhough time tu sejuk sgt. Maklumla winter.

Sepanjang 3 tahun di sana, ramai rakan2 yg dikenali. Hubungan rapat seperti saudara sendiri. Bagi yg menjemput kami kerumah diminggu terakhir kami dibumi Edinburgh, terima kasih byk. Mggu tu langsung xperlu masak. Bg yg menjemput dan tidak dpt kami hadiri, mohon maaf dan terima kasih atas ingatan.


Buat Rahmat dan Liza, terima kasih yg xterhingga kerana telah menghantar isteri saya ke Glasgow. Maklum la risau gak sb dia balik sorang2. Budi baik akan dikenang.

Terakhir kata, buat Izhar & family, Jamal & family, Azman & family, Hj Zaihan & family, Nik & family, Shah & family, Rahimi & family, Zaki & family, Nizam & family, Roslan & family, Badrul & family, Nazli & family, Faizi & family, Nazrin & family, Suhaili & family, Ust Man & family, Ust Sobri & family, Nuri & family, Hakim & family, Ebby & family, Rahmat & family, Rosli & family, Mahzani & family, Lukman & family, Faizal & family, Marzukey & family, Zool & family, Zulhakimi & family, Kamarul & family, Hafiz & family, Kamil & family, Nazir & family dan lain2 (andai ada yg tertinggal), JUTAAN TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA. SEMOGA PERSAHABATAN YG TERJALIN KEKAL BUAT SELAMANYA. INSYA'ALLAH...


Ady & Siti

Thursday 14 July 2011

IQRA ACADEMY MOSQUE


Saudara-saudara dijemput hadir ke majlis perasmian pembukaan Iqra Academy Mosque :

Tarikh : 29 Julai 2011
Masa : 7.30 petang (lepas solat Asar)
Tempat : IQRA , 10 East Suffolk Road, EH16 5PJ
Event : Bacaan Al-Quran - Ceramah - Bacaan Doa - Makan Malam


Gambar dewan solat sementara sebelum dewan solat utama dibuka pada Ramadhan ini



Sunday 10 July 2011

'PICK YOUR OWN' ACTIVITY

Berikut adalah link ladang-ladang buah-buahan disekitar dan diluar Edinburgh untuk aktiviti Pick Your Own bersama ahli keluarga :


Cragie's Farm and Deli Cafe
Location : South Quensferry , EH30 9TR
strawberries, gooseberries, blackcurrants, redcurrants, raspberries

Belhaven Fruit Farm
Location : Dunbar, EH42 1RG
strawberries, gooseberries, blackcurrants, brambles

Cairnie Fruit Farm
Location : Fife, KY15 4QD
strawberries, gooseberries, blackcurrants
MEGA MAZE open on 18t July 2011

Charleton Fruit Farm
Location : Montrose , DD10 EW
strawberries, raspberries, currants(white, black, red), tayberries, brambles, gooseberries (green, red, yellow)

Borderberries Fruit Farm
Location : Kelso, TD5 8NP
strawberries, gooseberries, blackcurrants, redcurrants, raspberries

Park Fruit Farm
Location : Essex, Co13 0ES
40 varieties of apples, 10 varieties of plums, pears, raspberries, blackberries
Klik disini untuk senarai buahan-buahan di ladang ini

Wednesday 6 July 2011

Penukaran Tarikh dan Tempat Lawatan Sekolah Malaysia Edinburgh(SME)

Assalamualaikum wbt,

Selepas mengambil kira pelbagai faktor kos/pandangan/cadangan dan juga suara majoriti, pihak AJK EMSA & guru2 SME ingin meminda tarikh & tempat lawatan seperti berikut:

Tempat: Almond Valley Livingston
Tarikh: 23 July 2011 (Sabtu)
Masa bertolak:9.00 pagi
Tempat berkumpul: ASDA Chesser
Aktiviti: Perkelahan (picnic) & Makanan secara "potluck"
Lawatan ini terbuka kepada semua warga Malaysia di Edinburgh (postgrade)

Tujuan utama lawatan SME ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan/pengalaman kepada anak-anak Malaysia di Edinburgh berkenaan hidupan haiwan ternakan & peliharaan (pet) yang terdapat di taman tema keluarga tersebut. Anak-anak akan diberikan tugasan untuk menjawab kuiz untuk mengenali haiwan-haiwan dan juga bunga-bungaan ditempat tersebut. Sila rujuk/cetak untuk maklumat lanjut:

http://www.almondvalley.co.uk/P_serious_fun.htm
(hadiah akan disediakan)

Disamping itu lawatan ini diharapkan dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim dikalangan warga EMSA Family. Pihak AJK EMSA akan juga memberi hadiah "misteri" kepada ahli EMSA family bertuah dari pelbagai kategori:


>"Pengunjung paling ceria/lucu"
>"Pasangan suami/isteri romantis"
>"Best dressed family of the day"
>"Best dressed kids (boy / girl) of the day"
>"Best dressed baby/cute baby of the day"

Pengadilnya semua adalah AJK EMSA sendiri yang diketuai oleh saudari Liza.

Bagi meringankan beban kewangan ibubapa, pihak SME bersetuju untuk menaja sebahagian besar tiket masuk untuk anak-anak warga EMSA Family. Harga tiket adalah seperti berikut:

Dewasa:GBP 5.50 (mungkin dapat dikurangkan 10% lagi jikalau penyertaan bertambah)
Kanak-kanak (>3-17):bayaran akan ditanggung oleh SME
Kanak-kanak (<3) PERCUMA

Walaubagaimanapun, lawatan ini bergantung juga kepada bilangan penyertaan & juga factor cuaca. Sesiapa yang berminat, bolehlah memberikan nama beserta senarai ahli keluarga yang akan turut serta dalam lawatan itu nanti sebelum atau pada 16 July 2011 kepada saya untuk tempahan tiket berkumpulan. Kepada yang telah memberi maklum balas, terima kasih diucapkan.Untuk maklumat lanjut sila layari lawan web :

http://www.almondvalley.co.uk/default.htm



Sekian, Terima Kasih


Nuri
Penghulu EMSA-Famili 2011/12








Perhatian : Ahli-ahli EMSA-Famili boleh mengesahkan kehadiran melalui link FB dibawah :
EMSA FAMILY - Lawatan Sekolah Malaysia


Monday 4 July 2011

Rakaman Audio Ceramah Israk Mikraj 2011

Klik link dibawah untuk mendengar rakaman audio ceramah.

Isra' Mikraj dan Hikmah Disebaliknya

Penceramah : Ustad Sobri Saad
Tarikh : 2 Julai 2011
Tempat : Surau Kings Building,
Universiti of Edinburgh

Kredit kepada crew Nur Ramadhan : Media Interaktif untuk web hosting rakaman audio.

Lawatan SME ke Taman Tema Keluarga East Link & Ladang Buah-buahan Belhaven @ DUNBAR

Assalamualaikum wbt,

Untuk makluman warga EMSA Family, pihak Sekolah Malaysia Edinburgh (SME) akan mengadakan lawatan sambil belajar ke Taman Tema Keluarga East Link & Ladang buah buahan Belhaven & perancangan seperti berikut :

Tarikh: 16 July 2011 (Sabtu)
Masa bertolak:9.45 pagi
Lawatan ini terbuka kepada semua warga Malaysia di Edinburgh
(Maklumat lengkap akan dimakluman kemudian)

Tujuan utama lawatan SME ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan kepada anak-anak Malaysia di Edinburgh berkenaan dengan hidupan haiwan ternakan & peliharaan (pet) yang terdapat di taman tema keluarga tersebut. Disamping itu lawatan ini diharapkan dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim dikalangan warga EMSA Family.

Bagi maksud tersebut, pihak SME bersetuju untuk menaja sebahagian besar tiket masuk untuk anak-anak warga EMSA Family. Harga tiket ke Taman Tema Keluarga East Link adalah seperti berikut:

Dewasa:GBP 9 (mungkin dapat dikurangkan lagi jikalau penyertaan bertambah)
Kanak-kanak (umur 2-14 tahun):bayaran akan ditanggung oleh SME
Kanak-kanak(bawah 2 tahun):percuma

Untuk Ladang buah Belhaven anda cuma membayar harga buah-buahan (strawberry, Blackcurrants, Gooseberries and Brambles) selepas ditimbang. Walaubagaimanapun, lawatan ini bergantung juga kepada bilangan penyertaan & juga factor cuaca.



Sesiapa yang berminat, bolehlah memberikan nama beserta senarai ahli keluarga yang akan turut serta dalam lawatan itu nanti sebelum atau pada 9 July 2011 kepada saya. Untuk maklumat lanjut sila layari lawan web kedua-dua tempat berkenaan.

http://www.eastlinks.co.uk/home.php East Link Family Park


http://www.belhavenfruitfarm.co.uk/ Belhaven Fruit Farm


Sekian, Terima Kasih

Nuri

Ucapan terima kasih dr keluarga Abang Azman

Assalammualaikum warga Emsa family yang dihormati,

Alhamdulillah, urusan mengangkat barang2 kami ke kontena telah selesai dengan sempurna pada hari Rabu yang lalu. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada rakan-rakan yang telah membantu mengangkat barang juga meyediakan juadah hidangan. Hanya Allah jua yang dapat membalas jasa baik kalian semua. Sekiranya ada kekurangan pada hari tersebut, maaf jua yang kami pohon.

Terima kasih juga atas segala pertolongan rakan2 selama kami di Edinburgh terutama buat keluarga Jamal & Gie dan Faisal & Dazilah. Mohon maaf zahir batin jika ada salah silap serta terkasar bahasa. Mohon dihalakan jua makan dan minum. InsyaAllah kami akan berangkat pulang pada petang nanti.

Semoga kita diizinkanNya berjumpa lagi.

Terima kasih banyak2,
Azman, Nor Idah & keluarga .





Foto kenangan bersama Abang Azman selepas Majlis Israk Mikraj 2011 di Surau Kings Building, Universiti of Edinburgh.

Sunday 3 July 2011

Sekalung Penghargaan dari Penghulu

Assalamualaikum wbt,


Pertamanya saya & AJK ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudara/saudari ahli EMSA family yang telah hadir & bergotong royong menyediakan juadah & memeriahkan majlis. Ucapan terima juga buat Yang Berbahagia Ustaz Sobri yg telah memberi kuliah yg bertenaga & kupasan yg bermakna untuk manfaat bersama.

Alhamdulilah Majlis Israk Mikraj telah berlangsung dengan lancar walaupun Prof Madya Kamaruzaman tidak dapat hadir disebabkan masalah teknikal pengangkutan disaat2 akhir.

Penghargaan juga diberi kepada AJK EMSA Kamarul, Nizam, Ustaz Sobri, Liza (Rahmat) yang bertungkus lumus membuat persiapan & mengumpul dana EMSA. Hasil kutipan adalah seperti berikut:

1)Dvc/cd Iqra' & Ustaz Shamsuri- £100
2) Tabung bergerak EMSA- £10
3) EMSA mini car boot- £3

Jumlah kutipan tabung EMSA family adalah sebanyak £113.

Kepada saudara/saudari yang tidak dapat hadir, AJK EMSA (Liza/Rahmat) ada merekodkan siaran sidang video tertunda sepanjang ceramah. Berikut link kuliah-kuliah online dari serata UK http://www.nurramadhan.net/ . Untuk broadcast ceramah Israk Mikraj oleh Ustaz Sobri tadi, linknya adalah http://www.ustream.tv/channel/nur-ramadhan dan akan dimaklumkan kemudian selepas diupload. Moga semua beroleh manfaat.

Akhir kata saya & AJK memohon maaf sekiranya ada salah & silap sepanjang majlis (terpaksa membasuh pinggan & cawan sendiri) .

Sekian, terima kasih.

Zainuri Mohamed
Penghulu EMSA Family 2011/2012



____________________________________________