* SELAMAT DATANG * WELCOME *


Blog Komuniti Malaysia Edinburgh atau lebih dikenali sebagai EMSA Family (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) ini diwujudkan bagi memudahkan pelajar yang berkeluarga di sekitar Edinburgh mengetahui aktiviti semasa yang dianjurkan oleh pihak EMSA. Bakal pelajar yang akan menyambung pengajian di sini juga boleh memperoleh sedikit info tentang suasana kehidupan dan pembelajaran di Edinburgh khususnya dan UK amnya


The Komuniti Malaysia Edinburgh blog or known as EMSA (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) is established to highlight ongoing EMSA activities and events organised by EMSA representatives to the students, especially those who are accompanied by their family. Prospective students can also benefit from this blog by getting useful information about the living and educational environment especially in Edinburgh and UK.

Tuesday 14 December 2010

Yuran Tahunan EMSA Family

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Diharap seluruh warga EMSA Family berada didalam keadaan sihat wal-afiat setelah berjaya menempuh fasa pertama musim 'winter' luar biasa pada tahun ini. Insyaallah mudah-mudahan ianya menjadi pembakar semangat kepada kita untuk lebih bersedia bagi menempuh perubahan cuaca sejuk di bumi Edinburgh ini.

Untuk makluman semua kita telah pun juga melepasi pusingan pertama bagi kalendar EMSA Family bagi sesi 2010-2011. Insyaallah pihak EMSA Family akan cuba menyusun aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan pada tahun 2011.

Seperti yang saudara-saudari sedia maklum, kewangan EMSA Family kini sudah semakin menyusut dan tidak mencukupi bagi menjalankan sebarang aktiviti-aktiviti pada masa akan datang. Oleh yang demikian saya menyeru kepada rakan-rakan kita yang masih belum membayar yuran tahunan, diharap agar segera berbuat demikian.

Bagi mengelakkan sebarang masalah kewangan pada masa hadapan saya mewakili seluruh AJK EMSA Family menetapkan yuran tahunan bagi sesi 2010/11 adalah sebanyak GBP30 bagi setiap keluarga. Oleh yang demikian bagi sesiapa yang telah membayar yuran tahunan sebelum ini diharap dapat menambah baki daripada jumlah yang telah dibayar.

Untuk memudahkan urusan pembayaran pihak EMSA Family berharap agar warga EMSA Family dapat membayarnya terus melalui transaksi bank ke akaun bank EMSA Family yang diuruskan oleh bendahari EMSA Family, saudara Marzukey. Maklumat berkenaan akaun bank tersebut adalah:

Akaun Bank EMSA Family

Bank : Bank of Scotland
Nama : Marzukey Mohamad Nawi

Sort Code :804943
No.Akaun :03941034

Setiap transaksi yang dibuat secara online hendaklah disertakan bersama maklumat berikut:
(Contoh)
Nama/Keluarga: Zaki
Jumlah: GBP 10 (tambahan)
Tarikh & Masa : 25 Dis 2010 (3.15 pm)
Tujuan: Yuran Tahunan EMSA Family/ Sumbangan

Contoh maklumat diatas hendaklah dihantar sebaik sahaja transaksi bank berjaya dibuat ke email bendahari (key2707@googlemail.com) untuk di 'update'.

Sekian dulu dari saya, segala cadangan atau apa-apa sahaja pandangan sila terus hubungi saya ataupun bendahari EMSA Family.

Sekian

Zaki Annuar

p/s : Cadangan menaikkan yuran tahunan adalah bagi menampung kekurangan kos bagi aktiviti-aktiviti kita dimasa akan datang dan juga cadangan bagi membeli set speaker portable untuk kegunaan aktiviti EMSA Family terutama yang melibatkan sesi ceramah umum.