* SELAMAT DATANG * WELCOME *


Blog Komuniti Malaysia Edinburgh atau lebih dikenali sebagai EMSA Family (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) ini diwujudkan bagi memudahkan pelajar yang berkeluarga di sekitar Edinburgh mengetahui aktiviti semasa yang dianjurkan oleh pihak EMSA. Bakal pelajar yang akan menyambung pengajian di sini juga boleh memperoleh sedikit info tentang suasana kehidupan dan pembelajaran di Edinburgh khususnya dan UK amnya


The Komuniti Malaysia Edinburgh blog or known as EMSA (Edinburgh Malaysian Student Association - Family) is established to highlight ongoing EMSA activities and events organised by EMSA representatives to the students, especially those who are accompanied by their family. Prospective students can also benefit from this blog by getting useful information about the living and educational environment especially in Edinburgh and UK.

Friday 13 August 2010

Program Ramadhan 1431 EMSA Family

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Sempena kedatangan Ramadhan Al-Mubarak, pihak EMSA Family ingin menjemput seluruh warga Malaysia di bumi Edinburgh ini untuk turut menyertai program-program yang akan diadakan di sepanjang bulan yang mulia ini.

Butiran program Ihya' Ramadhan adalah seperti berikut:

1. Majlis Sembahyang Terawih dan Morey
Hari: Sabtu (14 Ogos 2010)
Waktu: 10.00 mlm
Tempat: Surau King's Buldings

2. Majlis berbuka puasa dan Sembahyang Terawih
Hari: Sabtu (21 Ogos 2010)
Waktu : 7.45 mlm
Tempat: Chaplaincy Centre - Herriot Watt University

3. Majlis Sembahyang Terawih dan Morey
Hari: Jumaat (27 Ogos 2010)
Waktu : 9.45 mlm
Tempat: Surau King's Buldings

4. Majlis Sembahyang Terawih dan Morey
Hari: Jumaat (3 Sept 2010)
Waktu : 9.45 mlm
Tempat: Chaplaincy Centre - Herriot Watt University

5. Solat dan Khutbah Raya Eidulfitri 1431
Tarikh : 9-10 Sept 2010
Waktu : 9.30 pagi (akan dimaklumkan kemudian)
Tempat: Surau King's Buldings

Dikesempatan ini saya dan seluruh ahli kerja EMSA Family mengucapkan Selamat menjalani Ibadah Puasa kepada Seluruh warga EMSA Family yang beragama Islam dan mudah-mudahan segala ibadah kita di bulan yang mulia ini diterima dan menjadikan diri kita lebih dekat kepada Allah, Insyaallah..

Sekian

Zaki Annuar serta AJK EMSA Family 2010/11